Halaman

'Stress'

Sudah masuk hari ketiga, perut Fifa tidak selesa, jika buang air besar, lembik seperti ubat gigi.
Mama dan papa terus bawa Fifa ke Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia, UPM.


Setelah diperiksa dengan teliti, Fifa berkemungkinan stress atau perlu diberi ubat cacing. Menurut Pegawai perubatan, Fifa 'stress' kerana mungkin kehadiran teman baru, Crusoe lah tu..

Hmmm..mungkin Fifa cemburu agaknya Crusoe selalu disikat dan dimanjakan. Itu lah perasaan Fifa, terasa seperti Crusoe telah diberi perhatian lebih pula.

Dua minggu Fifa harus dipantau, makan ubat selepas itu akan kembali ke Kilinik Kesayangan Haiwan UPM untuk diberi vaksin. Haa..baru la lega..sekarang Fifa akan dapat lebih perhatian pula daripada Crusoe!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Keek follow & subcribe


May 25, 2013 | by fifaNfriend on Keek.com

Klik dan Klik